Jom Menikmati Ganjaran Menarik dengan PLUSMiles dan Presto!

 

Daripada Presto

20 March 2023

 

Kalau uolls tak tahu lagi, PLUSMiles adalah program ganjaran oleh PLUS Berhad untuk memberikan ganjaran kepada pelanggan PLUS yang menggunakan lebuh raya di Malaysia. Semua ahli layak mengumpul 1 Mata PLUSMiles untuk setiap kilometer perjalanan bagi kenderaan Kelas I di lebuh raya PLUS, dengan mendaftarkan mana-mana kad PLUSMiles/Touch 'n Go dalam PLUSMiles.

Memandangkan 100 Mata PLUSMiles sama dengan RM1 di Presto, korang boleh menggunakan Mata PLUSMiles yang terkumpul untuk menebus pelbagai ganjaran. Sebagai contoh, untuk menebus ganjaran RM10, korang boleh memilih sama ada untuk membayar dengan 1000 Mata PLUSMiles atau membuat pembayaran bersama (Mata PLUSMiles + Ewallet/Kad Kredit/Kad Debit) untuk memaksimumkan penjimatan korang.  

 

Kerana mata ganjaran korang layak mendapat yang terbaik, dan apabila ia berkaitan dengan menebus ganjaran, tidak ada tempat yang lebih baik daripada Presto!

 

 

Sedia untuk Melangkah “The Extra Mile” untuk Ganjaran Menarik?

Inilah bahagian yang terbaik: korang cuma perlu menghubungkan akaun PLUSMiles korang dengan Presto untuk menikmati kemudahan membayar atau menebus ganjaran dengan Mata PLUSMiles yang terkumpul!

 

 

Haaa, tunggu apa lagi? Jom menebus ganjaran di Presto dengan mata ganjaran anda yang diperolehi dengan susah payah! Semakin banyak Mata PLUSMiles yang anda kumpul, pengalaman Presto anda akan semakin mengujakan!

Hubungkan PLUSMiles Anda dengan Presto Hari Ini!

 

*Terma dan syarat digunakan

 

--------------
Download the Presto App now: